seminar kebangsaan
majlis dekan pendidikan universiti awam 2022

"transformasi pendidikan nasional melalui pendigitalan pedagogi"
- 29 - 30 September 2022
- Bilik Konvensyen, Bangunan E-Learning, UPSI (KSAJ)
- Anjuran Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2022 dan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Seminar Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam adalah seminar kebangsaan tahunan yang dianjurkan oleh universiti-universiti awam seluruh Malaysia. Pada tahun 2020, seminar ini dianjurkan oleh USIM dengan tema “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia,” manakala pada tahun 2019, ia dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA dengan tema “Hubungan Bestari Ke Arah Kelestarian Pendidikan.” Pada tahun 2018, seminar ini dianjurkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin dengan tema “Pendidikan Era Revolusi Industri 4.0: Cabaran dan Harapan.” Pada tahun 2021 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia diberi tanggungjawab untuk menganjurkan seminar ini secara atas talian (Zoom) pada 13-14 September 2021.
Justeru itu, UPSI berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi tahun 2022, dengan tema “TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI PENDIGITALAN PEDAGOGI”
Tujuan:
- Menyediakan satu platform kepada para pendidik, saintis sosial, penyelidik dan ahli akademik untuk bertukar dan berkongsi dapatan kajian dan refleksi mereka dalam pendidikan era baru melalui mekanisme pembentangan dan penerbitan.
- Mengetengahkan amalan terbaik, hasil penyelidikan, pengalaman dan pembinaan aplikasi sama ada yang berteraskan teknologi atau inisiatif sosial untuk mendepani cabaran pendidikan era baru.
- Menyediakan peluang untuk perbincangan dan perkongsian maklumat untuk penyelidik dari pelbagai organisasi, pelabur, dan industri mengenai penemuan, teknologi, dasar dan perkhidmatan ke arah peningkatan kualiti pendidikan secara menyeluruh.
Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2022 dijadualkan berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 – 30 September 2022 (Khamis – Jumaat).
Senarai AJK Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Universiti Awam 2022
*akan dikemaskini dari semasa ke semasa
UCaptama
Ucapan aluan oleh
Profesor Madya Dr. Abdul Talib bin Mohamed Hashim, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI
Ucapan perasmian oleh
Naib Canselor UPSI/KPT/KPM
Ucaptama 1 oleh
Pengerusi Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam
Ucaptama 2 oleh
Profesor Madya Dr. Nordin bin Mamat, Pengarah Pusat Pedagogi, Penyelidikan Dan Inovasi
wacana meja bulat

pembentangan
[compilation of abstract]
[rakaman video]
Kongsikan Kepakaran Anda
Sebarang Pertanyaan berkaitan penyertaan, hubungi kami di:
Sekretariat Seminar Majlis Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2022
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900, Tanjong Malim, Perak
Emel: cpri@upsi.edu.my [subject: seminar dekan 2022]
Hubungi: Sekretariat Pendaftaran